Gellutt Aroma ke pasaran global
Gelutut aka Gellutt Aroma
BERKECIMPUNG
dalam dunia perniagaan bukanlah sesuatu yang mudah. Ia menuntut banyak
kesabaran dan kekuatan mental yang tinggi. Sesiapapun boleh menjalankan
perniagaan namun, tidak semua akan mampu bertahan dengan cabaran dan
dugaan yang bakal dihadapi.
Muhammad Pauzi Edi,
24, merupakan antara usahawan muda yang tidak terkecuali merasai pahit
getir menjual produk. Memiliki produk jenama sendiri bukanlah semudah
disangka. Dia bermula dari bawah dan perlahan-lahan melangkah menuju ke
peringkat seterusnya.
Katanya, sebaik sahaja menamatkan sesi
persekolahan, dia bekerja dengan seorang pengusaha kosmetik. Tiga bulan
selepas itu, Muhammad Pauzi mengambil keputusan berhenti kerja dan
beralih menjadi ejen dropship (pesan hantar) produk kosmetik.
Setelah
beberapa tahun memperoleh pengalaman menjual produk orang lain dan
mengetahui sedikit demi sedikit selok belok perniagaan, dia berazam
untuk memiliki produk jenama sendiri.
Berbekalkan
modal RM10,000 hasil pendapatan yang disimpan, dia akhirnya
mengeluarkan produk Gellutt Aroma Losyen berasaskan bahan semula jadi
seperti minyak kelapa dara, minyak zaitun, daun pudina, pati gamat dan
halia bara.
Pada peringkat awal, dia
hanya mempromosikan produknya kepada rakan-rakan terdekat. Selepas
mendapat maklum balas positif daripada rakan-rakannya, barulah berani
memasarkannya secara meluas.
“Sambutan
agak menggalakkan dan ramai yang membeli produk ini kerana
keistimewaannya yang tidak melekit bila disapu pada kulit dan cepat
menyerap.
“Berlainan dengan produk lain
yang berminyak dan mempunyai bau yang agak kurang menyenangkan, Gellutt
Aroma mempunyai aroma tersendiri dan memberi rasa nyaman kepada mereka
yang menggunakannya.
“Pengguna dari
pelbagai umur boleh memakainya mengikut keselesaan masing-masing. Selain
itu, produk ini juga dapat melicinkan kulit terutama di bahagian tumit
kaki yang mengalami masalah kerekahan dan terlalu kering,” katanya.
Bercerita
tentang cabaran yang dilalui sepanjang berniaga menurutnya, dia pernah
menghadapi masalah tiada modal pusingan sehingga terpaksa menghentikan
seketika pengeluaran produk akibat tidak pandai menguruskan kewangan.
“Terjejas
juga seketika. Disebabkan tidak tahu bagaimana hendak rolling balik
keuntungan untuk dijadikan modal, pengeluaran produk terhenti sementara
waktu.
“Masalah lain juga timbul seperti
pelanggan lambat melunaskan bayaran atau tidak membayar langsung. Jadi,
masalah sebegini menjejaskan perniagaan saya,” katanya.
Mujur
berkat sokongan ahli keluarga dan rakan-rakan, dia akhirnya bangkit
memperbaiki segala kelemahan dan mengeluarkan semula produknya. Kini,
produk berasaskan rahsia turun-temurun keluarganya itu berjaya
menembusi pasaran luar negara seperti Brunei, Singapura dan Indonesia.
“Kami mempunyai ejen atau stokis di seluruh negara termasuk negara jiran seperti Brunei, Singapura dan Indonesia.
“Namun,
kami masih membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menjadi
ejen dan stokis. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, boleh menghubungi
kami di talian 017 6615464. Kami juga mempunyai laman web
www.gelluttaroma.my dan Instagram gelluttaroma_warisanediharun,”
katanya.
Dalam pada itu, seorang pemain futsal pasukan Puchong Fuerza, Muhammad Nazrin Zulgafli, 28, merupakan antara pengguna setia yang sentiasa menjadikan Gellutt Aroma sebagai produk yang wajib dibawa ke mana-mana terutama ketika bermain futsal.
Sebagai seorang atlet,
dia mengakui sentiasa menggunakan produk itu setiap kali mengalami
masalah lutut dan pergelangan kaki terseliuh.
“Minyak
angin atau krim losen yang lain, biasanya mempunyai tekstur yang
berminyak dan rasa melekit bila disapu pada kulit namun, tidak pada
losen Gellutt Aroma. Ayah saya juga gemar menggunakannya, tambahan lagi
ketika melakukan solat atau ibadah.” katanya.
Leave a Comment